IPOH: Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim tidak berkecil hati tidak dilantik sebagai Mufti negeri itu, walaupun namanya sering dikaitkan dengan jawatan tersebut selepas Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia Mei tahun lalu.
Menurutnya, pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Negeri Perak yang baharu merupakan keputusan dan kebijaksanaan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Katanya, sebagai penjawat awam, beliau tiada masalah kerana telah berikrar daripada awal, akan berkhidmat di mana-mana dan memberi khidmat yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.
“Yang penting adalah Islam terbela, tidak kiralah siapa yang jadi mufti, tiada rasa kecil hati, tiada apa-apa,” katanya ketika ditemui selepas program Ijtimak Pemantapan Guru Takmir Peringkat Negeri Perak di Intitut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini, hari ini.
Menurutnya, semua petugas di Jabatan Mufti Perak menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku kerana melantik Wan Zahidi, seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang fatwa dan pernah menjadi Mufti Wilayah Persekutuan.
Katanya, mereka juga berharap Wan Zahidi akan dapat menyambung legasi Allahyarham Harussani.
“Kami di Jabatan Mufti Negeri Perak sangat gembira dan akan memberikan kerjasama, sama seperti mana dengan Tan Sri Harussani, malah lebih baik lagi, Insya-Allah,” ujarnya.
Pada 17 Jun lalu, Sultan Nazrin memperkenankan Wan Zahidi sebagai Mufti Negeri Perak yang baharu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu adalah untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos.
Kekosongan kerusi Mufti Negeri Perak berlaku susulan kematian penyandang sebelumnya, Tan Sri Harussani Zakaria, 82, yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada Mei tahun lalu.
Harussani telah menyandang jawatan berkenaan sejak tahun 1985 selain memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Persekutuan.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Jun 23 2022
Datuk Zamri Hashim tidak berkecil hati tidak dilantik sebagai Mufti negeri itu, walaupun namanya sering dikaitkan dengan jawatan tersebut selepas Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia Mei tahun lalu.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
Doktor pelatih perlu ditempatkan segera di hospital
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Kekejaman zionis: Sepanyol tolak kebenaran berlabuh kapal bawa senjata Israel
Sepanyol telah menolak kebenaran bagi sebuah kapal yang membawa senjata ke Israel untuk singgah di pelabuhan Cartagena.
AS umum operasti jeti terapung sementara di Gaza
Amerika Syarikat umum operasi jeti terapung di Gaza untuk meningkatkan penghantaran bantuan ke wilayah itu.
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
Kekejaman zionis: Israel mesti dihentikan! - Afrika Selatan di Mahkamah Dunia
Afrika Selatan gesa Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk perintahkan penghentian serangan Israel ke atas Rafah.
Kekejaman zionis: Liga Arab gesa gencatan senjata di Gaza
Pemimpin Arab menggesa gencatan senjata segera di Gaza, penarikan tentera Israel dan pembatalan sekatan terhadap orang awam di Gaza semasa sidang kemuncak Liga Arab, di Bahrain, pada Khamis.
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
Pengeluar automotif China BAIC lancar dua model kereta penumpang pertama di Malaysia
BAIC sasar buka 10 cawangan pengedar di seluruh negara tahun ini dengan yang pertama dikendalikan oleh Edaran Otomobil Elektrik (M) Sdn Bhd.
PKPP: Tiada lagi alasan cuai solat Jumaat - Timbalan Mufti Perak
Masjid dan surau telah dibenarkan menunaikan solat Jumaat secara berperingkat setelah mengambil kira perkembangan terkini dan nasihat KKM.